Assalamualaikum !! hai2.. Aku rasa dah lama gila aku tak jenguk blog aku yang tak seberapa nih..haha..dekat 8 bulan..kot la..tah macam mana aku boleh lupa aku punya password n email..tak tahu macam mana boleh ingat plak smalam..haha..pelik kan ?? yeah,soo weird..
So,hari ni aku nak ceritalah pasal study aku kat KMM tu. Mula2 dulu rasa macam aku boleh lagi adapt kat tempat baru tu. Then semakin lama aku duduk kat matrik aku rasa duduk matrik ni memang lah sangat stress kalau kita tak pandai nak bahagikan masa betul. Bangun pagi dalam pukul 6.00 . Then, pukul 8.00 start kelas sampai pukul 1.00 . Memang penat. Pukul 2.00 pulak sambung kelas balik sampai pukul 4.00. Malam tu memang untuk self study je la.
Selama aku duduk kat matrik tu, benda yang paling aku tension adalah belajar Biology. Aku pun tak tahu lah apa masalah aku ngan subject tu. Aku tak benci subject Bio tu. Maybe sebab dah cuti lama sangat , so otak aku dah tepu untuk menerima istilah2 Bio yang bombastic time tu. First quiz je aku dah dapat 9/20 . WHATTT??? Time ni aku memang !@#$%%^&******&^%# (don't know what to say) . Then , aku cakap kat cikgu yang aku nak join MEKA. Then lepas tu memang aku nekad la taknak dah dapat result macam tu. Seksa wo. Budak2 sana dah la pandai2. Aku kadang2 memang tercabar lah jugak. haha. Tapi cabaran tu aku anggap positive je.
Sekarang ni nak masuk 8-9 bulan aku kat KMM. Lagi beberapa bulan je nak habis matrik. Then kena fikir pulak pasal course yang aku nak ambil untuk degree nanti. Aku harap dapat pilih yang sesuai la. Insya Allah. Rasanya tu je lah kot buat setakat ni. Setakat ni. Mana tau sejam lepas ni ada lagi yang aku nak post. Ceh,bajet macam ada yang nak baca je. haha. Okeng, bye2.
No comments:
Post a Comment